9/27/2010

ketepikan ego, rendahkan diri, tinggikan martabat dan toleransi


kalau dulu,

"aku betul ke, aku salah ke, aku tetap betul".

tapi kini aku harus memperbaiki sikap, mengenepikan keegoan dan merendahkan diri demi menjaga keharmonian dan toleranse antara aku, dengan kawan-kawan, ahli keluarga, mahupun rakan-rakan niaga, aku harus berubah!

"aku betul ke, aku salah ke, aku tetap salah"

9/23/2010

Harga Sebuah Kegagalan


BELAJARLAH untuk MENGHARGAI setiap KEGAGALAN dan KEPERITAN kerana itulah yang akan MENGAJAR kita untuk MENGHARGAI setiap PELUANG dan KESENANGAN yang ada disekeliling

9/15/2010

dare to fail!

Belajarlah untuk gagal kerana kegagalan itulah yang mengajar kita untuk berjaya

9/08/2010

Allah berikan aku satu, tapi dengan satu itulah Allah makbulkan semuanya

Semalam, 29 Ramadhan. Ibadah terawikh aku yang terakhir pada tahun ini. Aku melangkah masuk ke masjid Putra dengan perasaan yang bercampur baur. Terharu, bersyukur, sedih, hiba, dan macam-macam lagilah, memang tak mampu diungkap dengan kata-kata. Aku sempat juga mengalirkan air mata (sikit je..). apatah lagi bila bacaan-bacaan ayat suci solat isya terlaung di udara.
Aku teringat kembali peristiwa ajaib yang telah terjadi di atus aturan Allah kira-kira sebulan yang sudah. Peristiwa ketika solat jumaat. Aku berdoa padaNya. Macam-macam yang aku minta. Memang semuanya ikhlas, lahir dari lubuk hati, memang aku sungguh-sungguh inginkan apa yang aku lafazkan di hadapan Allah (mana taknya, sepanjang 2 tahun sudah, aku telah melalui berbagai peristiwa yang memeritkan). Di lantai masjid indah ini lah aku bersujud, di rumah Allah yang suci inilah aku teresak-esak meminta, dan disini juga lah Allah berikan segala-galanya. Perasaan syukur yang teramat besar, rasa terharu yang menusuk hati, hanya Allah juga lah yang tahu.
Aku berdoa, meminta padanya seribu satu benda. Tetapi Allah hanya memberikan aku satu benda sahaja! Tetapi dengan satu benda itulah Allah makbulkan semua doa aku. Semua yang aku minta! MasyaAllah, Engkau sungguh Maha Hebat, kau menciptakan sesuatu yang hebat, dan Kau anugerahi hambamu ini dengan ciptaanmu yang hebat.
Allah hanya berikan aku satu, iaitu ‘Score A’. Tetapi melalui ‘Score A’ lah aku dapat segala-galanya yang aku harapkan daripadaNya. Hebat sungguh percaturan Allah ini.

Dalam doa,

1. Aku mahukan satu karier yang stabil.
2. Aku mahukan kerja yang boleh mengisi masa yang terluang dan sesuatu yang berfaedah supaya dapat membuang segala tabiat yang negatif.
3. Aku mencari seorang wanita untuk membimbing aku, membawa aku kembali ke jalan yang lurus, yang boleh membantu aku melupakan kisah hitam di waktu silam.
4. Aku mahu jadi seorang yang sangat berjaya.
5. Aku mahu kebahagiaan.
6. Aku mahukan kekayaan.
7. Aku mahu jadi seorang yang berguna kepada diri sendiri, ibu bapa, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan Agama.
8. Aku mahu berbakti, menolong orang-orang yang susah.
9. Aku merancang untuk membuka pusat tuisyen, aku perlukan modul pembelajaran mengikut sukatan Kementerian Pendidikan Malaysia, modal perniagaan, dan rakan kongsi.

Allah telah menunjukkan aku Jalan untuk mencapai semuanya. Alhamdulillah….

I have a strong faith that finally Allah shows me the direction to the right path…

9/01/2010

Sentiasa bersangka baik denganNya...

pesanana ikhlas daripada Dr Rashidah..

"Kalau Allah cepat makbul doa kita, Dia sayang kita. Kalau Allah lambat makbul doa kita, Dia sedang uji kita. Dan kalau Allah tidak makbulkan doa kita, Dia sedang merancang yang terbaik untuk kita. Oleh itu, sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya".